Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terajui misi tenaga hijau ke Berlin dan Paris
  • SEMASA

Premier Sarawak terajui misi tenaga hijau ke Berlin dan Paris

Utusan Sarawak 3 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengetuai delegasi kerja rasmi ke Berlin, Jerman dan Paris, Perancis dari 7 hingga 9 September ini, telah selamat tiba bersama rombongan kerajaan Sarawak di hotel penginapan mereka semalam. Foto UKAS

BERLIN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengetuai delegasi kerja rasmi ke Berlin, Jerman dan Paris, Perancis dari 7 hingga 9 September ini, telah selamat tiba bersama rombongan kerajaan Sarawak di hotel penginapan mereka semalam.

Beliau turut diiringi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) Dato Ibrahim Baki, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam, Datu Abang Ahmad Abang Morni dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili.

Premier Sarawak bersama delegasi akan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Siemens Energy di Huttenstraße, Berlin hari ini.  

Lawatan dimulakan dengan pertemuan bersama Naib Presiden Eksekutif bagi Global Functions, Juha Pankakoshi sebelum dibawa melawat ke beberapa fasiliti utama Siemens Energy iaitu, Kilang Elektrolyseur, Kilang Gasturbine dan Pusat Inovasi.

Pada 9 September ini, Premier Sarawak akan menghadiri International Forum Pumped Storage Hydropower bertemakan ‘Pump it up! Powering a Decarbonised World’ di UNESCO House, Paris.

Beliau akan menyampaikan ucaptama yang menegaskan aspirasi Sarawak sebagai peneraju tenaga hijau serta pengeluar hidrogen untuk pasaran global.

Selain itu, Premier Sarawak turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Perindustrian dan Tenaga Perancis, Marc Ferracci dan Presiden International Hydropower Association (IHA), Malcolm Turnbull.

Pada sebelah petang, Premier Sarawak akan mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Électricité de France (EDF) di Avenue de Wagram, Paris sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Lawatan kerja rasmi ini membuktikan komitmen Sarawak untuk membina rangkaian strategik antarabangsa dalam mencapai agenda pembangunan tenaga hijau di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga bersih serantau dan global.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RUU Tribunal Anti-Buli dijangka dibentang di Parlimen Oktober ini – Azalina
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Temasya Warisan Pahang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.