Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe ledak gol bantu Perancis tewaskan Ukraine
  • SUKAN

Mbappe ledak gol bantu Perancis tewaskan Ukraine

Utusan Sarawak 4 days ago

Mbappe (kanan) meledak gol pada minit ke-82 selepas gerakan pantas bersama Aurelien Tchouameni. Foto AFP

WROCLAW: Perancis memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan menundukkan Ukraine 2-0 hasil jaringan Michael Olise dan Kylian Mbappe, awal pagi tadi.

Olise membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 selepas menyambar hantaran Bradley Barcola, sebelum Mbappe memastikan tiga mata dengan penyudah kemas pada minit ke-82 selepas gerakan pantas bersama Aurelien Tchouameni.

Gol itu meletakkan penyerang Real Madrid berkenaan sebaris dengan Thierry Henry pada 51 gol antarabangsa, hanya ketinggalan enam gol di belakang penjaring terbanyak Les Bleus, Olivier Giroud (57).

“Kami menguasai babak pertama dan sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol. Selepas itu kami sedikit bergelut, tetapi kami memiliki kualiti serangan yang tinggi. Permulaan dengan kemenangan ini amat penting,” kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Pemain Perancis, Michael Olise (kanan) meraikan jaringan ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Kumpulan D menentang Ukraine di Wroclaw, Poland. – Foto AFP

Mbappe turut mengakui pasukan masih ada ruang untuk diperbaiki. 

“Saya sendiri terlepas beberapa peluang, tetapi ini satu permulaan yang baik dan kukuh,” kata Mbappe.

Namun, Perancis turut menerima khabar buruk apabila Ousmane Dembele yang baru masuk menggantikan Desire Doue di babak kedua, terpaksa dikeluarkan semula akibat kecederaan paha. 

Doue sendiri tidak dapat meneruskan permainan selepas mengalami masalah betis pada babak pertama.

Ukraine, yang membuat penampilan sulung dalam aksi kelayakan, memberi tekanan selepas sejam permainan, termasuk percubaan Ivan Kalyuzhnyi yang hanya dinafikan Ibrahima Konate di garisan gol, serta rembatan Illia Zabarnyi yang singgah di tiang gol Mike Maignan.

Kemenangan itu memberikan Perancis kelebihan awal dalam Kumpulan D yang turut disertai Iceland dan Azerbaijan. 

Iceland melakar kemenangan besar 5-0 ke atas Azerbaijan dan bakal bertandang ke Paris pada Selasa, manakala Ukraine akan berkunjung ke Baku. – Agensi

Continue Reading

Previous: Messi masih ragu-ragu sertai Piala Dunia 2026, sebab faktor usia
Next: Mr Sarawak 2025 angkat martabat sukan bina badan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.