KOTA SAMARAHAN: Muhamad Hafiez Shafie (Daerah Samarahan) telah mengungguli kategori Qari bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Samarahan 2020 yang berlangsung di Masjid Darul Ikhlas Kampung Sindang, Kota Samarahan.
Naib johan pula disandang oleh Isman Hadi Ja’afar (Daerah Samarahan), manakala Jubni Sulong dinobatkan tempat ketiga.
Menerusi kemenangan itu, Muhamad Hafiez Shafie telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000, manakala Isman Hadi Ja’afar (RM700) dan Jubni Sulong (RM500).
Sementara itu bagi kategori Qariah, Fasihah Arpa (Daerah Asajaya) telah dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.
Tempat kedua pula disandang oleh Temah Abu Bakar (Daerah Samarahan) dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Siti Jamilah Abdul Rahman (Daerah Asajaya) wang tunai RM500.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak.
Oleh Nur Ain Otsman