KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing menegaskan mana-mana pihak tidak dibenarkan meletak papan tanda di tepi jalan raya kerana ia adalah di bawah kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang meletak nama tempat dalam tulisan Cina pada papan tanda di kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Masing berkata tindakan ini dianggap sebagai merosakkan harta benda kerajaan dan MBKS harus mengambil tindakan ke atas Pemuda DAP.
“Tindakan ini tidak boleh dibiarkan selain merosakkan harta benda kerajaan ia juga tindakan yang kurang baik,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Debat di laman media sosial telah berlaku kebelakangan ini di mana ramai yang berkata bahawa papan tanda jalan raya tidak mempunyai tulisan Bahasa Cina.
Oleh Connie Chieng