Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sultan Nazrin sebak baca doa
  • NASIONAL

Sultan Nazrin sebak baca doa

Utusan Sarawak 15 hours ago

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebak ketika membaca doa dalam titah baginda pada Majlis Maulidur Rasul Peringkat Perak, malam tadi.

Dalam titah penutup itu, Sultan Nazrin memohon Allah SWT menyatukan hati dan memperbaiki hubungan antara umat Islam di negara ini supaya selamat daripada kegelapan jahiliah.

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, kurniai kami taufik dan hidayah-Mu, serta sinarilah jiwa kami dengan cahaya iman dan takwa.

“Jadikanlah kami umat yang bersatu, saling menyayangi, menghormati dan bekerjasama dalam kebaikan.

“Jauhkanlah kami daripada perpecahan, permusuhan dan kebencian. Tautkan hati-hati kami dengan iman dan kasih sayang kerana-Mu, Ya Allah,” doa baginda.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, dan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, bersama isteri, Datin Seri Aezer Zubin.

Pada majlis itu, Umi Kalsom Bahak, 74, dari Bidor dinobatkan sebagai penerima Tokoh Keluarga Mithali (Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir) dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah bernilai RM9,000 dan plak.

Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan anugerah lain, termasuk Tokoh Pendakwah (Anugerah Ibnu Abbas) kepada Wan Masindra Juja; Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada Perak ABIM; dan Tokoh Imam (Anugerah Pegawai Masjid) kepada Rosli Mat.

Turut dikurniakan Anugerah Pegawai Masjid kepada Sirat Abdullah bagi Tokoh Bilal; Mat Yusoff Suliman untuk Tokoh Siak; serta Anugerah Khas kepada Ismail Muhamad Zin dengan masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan plak.

Sultan Nazrin kemudian berkenan bersantap dengan kesemua penerima anugerah sebelum berangkat pulang kira-kira jam 11.30 malam. – Bernama.

Continue Reading

Previous: Aplikasi MyKasih permudah urusan tebus penghargaan SARA RM100
Next: Khairul Aming, Angeline Tan terima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.