Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi dikesan di kawasan gunung berapi berhampiran Naples, Itali
  • GLOBAL

Gempa bumi dikesan di kawasan gunung berapi berhampiran Naples, Itali

Utusan Sarawak 4 days ago

ROM: Gempa bumi dengan magnitud  4.0 melanda berhampiran Bandar Naples di selatan Itali pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pihak berkuasa, tiada laporan awal mengenai kerosakan atau korban susulan gempa bumi itu.

Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan (INGV) memaklumkan gegaran utama direkodkan sekitar 4.55 pagi (0255 GMT).

Gempa bumi itu didahului beberapa gegaran kecil dengan kira-kira 40 gempa bumi susulan direkodkan, menurut agensi berita ANSA.

Pusat gempa dikesan di Kawasan Gunung Berapi Phlegrean Fields, terletak di barat bandar itu dalam Wilayah Campania.

Wilayah berkenaan telah dilanda banyak gegaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk gempa bumi bermagnitud 4.6 pada Jun lepas.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kuning dan menyeru penduduk supaya lebih berwaspada.

Phlegrean Fields merupakan sebuah “supervolcano”, istilah yang merujuk kepada gunung berapi dengan ruang magma yang besar dan berpotensi meletus dengan dahsyat.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan di Paris sorok barang kemas bernilai RM49 juta dalam seluar dalam
Next: Sepanyol tanggung kerugian 32 bilion akibat bencana iklim dalam lima tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.