Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Batik Air raikan Hari Kebangsaan, hadiah kejutan kepada penumpang
  • NASIONAL

Batik Air raikan Hari Kebangsaan, hadiah kejutan kepada penumpang

Utusan Sarawak 5 days ago
HARI KEBANGSAAN…..Batik Air melakukan kejutan dengan memberikan hadiah istimewa kepada penumpang penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Batik Air melakukan kejutan dengan memberikan hadiah istimewa kepada penumpang penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Berdasarkan kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu memaklumkan penumpang yang menuju ke pelbagai destinasi di seluruh Malaysia menerima Jalur Gemilang dan snek sebagai tanda penghargaan dan berkongsi kegembiraan sambutan kemerdekaan.

HARI KEBANGSAAN…..Batik Air melakukan kejutan dengan memberikan hadiah istimewa kepada penumpang penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berkata merdeka menjadi peringatan tentang perjalanan bersama rakyat Malaysia yang dimanifestasikan oleh perpaduan, ketabahan dan kebebasan untuk maju bersama-sama.

“Di Batik Air, kami berbangga dapat menghubungkan rakyat Malaysia di setiap pelosok negara tercinta.

“Pada hari istimewa ini, kami bukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi juga meraikan rakyat, perjalanan dan ikatan yang menjadikan kita terus terbang lebih tinggi sebagai satu Malaysia,” katanya.

Batik Air memaklumkan dengan memperluas rangkaian penerbangan dan mencipta pengalaman bermakna, syarikat penerbangan itu terus meraikan pencapaian budaya dan negara dalam setiap perjalanan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Proton e.MAS 5 lakukan penampilan sulung di Dataran Putrajaya
Next: Malaysia teroka pasaran baharu semikonduktor, usaha pempelbagaian pasaran – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.