Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bario fokus pengurusan sisa pepejal lebih mampan
  • Utara
  • WILAYAH

Bario fokus pengurusan sisa pepejal lebih mampan

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATUK Dr Penguang Manggil mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Sampah ‘Pembakar Sampah’ di Bario baru-baru ini.

BARIO: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Sampah ‘Pembakar Sampah’ di sini bagi meninjau amalan pengurusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Miri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, berkata penggunaan ‘Pembakar Sampah’ merupakan kaedah paling praktikal bagi kawasan pedalaman seperti Bario.

Kaedah ini dianggap sebagai penyelesaian terbaik dalam menangani isu pengurusan sampah di penempatan rumah panjang serta kampung terpencil.

Katanya lagi, penglibatan aktif komuniti amat penting, khususnya dengan mengamalkan konsep 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) serta pengasingan sisa makanan, bahan berbahaya dan sampah yang tidak dapat dibakar.

“Pengurusan sampah yang berkesan perlu diberi keutamaan sebelum keadaan alam sekitar menjadi semakin parah,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut meninjau tapak projek pembinaan tapak pelupusan baharu di Bario yang merupakan salah satu projek rakyat demi memastikan kebersihan serta kelestarian alam sekitar kawasan berkenaan.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan terus menyalurkan sokongan dan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memperkukuh infrastruktur pengurusan sisa di kawasan pedalaman agar masyarakat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat.

Turut hadir Pemanca Caleena Sakai, Ketua Masyarakat Kelabit Bario, Kaunselor Lian Tarawe dan Kaunselor Lilla Raja bersama wakil Majlis Bandaraya Miri.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 30 peserta SPB Sarawak Plantation sertai ceramah pencegahan kebakaran
Next: APM Marudi musnahkan sarang tebuan di Kampung Baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.