Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa batik ditemui sembunyi atas almari rumah penduduk di Roban
  • Selatan
  • WILAYAH

Ular sawa batik ditemui sembunyi atas almari rumah penduduk di Roban

Utusan Sarawak 15 hours ago

ANGGOTA APM Saratok memberikan khidmat khas menangkap ular sawa batik di Rumah Tinting 2000, Roban awal pagi tadi. Foto: APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang 4.26 meter yang ditemui bersembunyi di atas sebuah almari pakaian di Rumah Tinting 2000, Roban, awal pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.24 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.

Pengadu dikenali sebagai Martha memaklumkan keberadaan ular berkenaan di rumahnya dan bimbang akan keselamatan penghuni.

ANGGOTA APM Saratok memberikan khidmat khas menangkap ular sawa batik di Rumah Tinting 2000, Roban awal pagi tadi. Foto: APM Saratok

Seramai tiga anggota APM yang diketuai PBT Boniface Bungin Lily bersama dua anggota lain iaitu PBT Muaari Peterjohn Tampakrita Peter dan PBT Alvin Gadut dikerahkan ke lokasi bersama peralatan keselamatan.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan APM mengesan ular sawa tersebut berada di atas almari pakaian. 

“Operasi menangkap reptilia itu dilakukan menggunakan teknik menjerut dengan mengambil kira faktor keselamatan anggota dan pengadu,” katanya.

ANGGOTA APM Saratok memberikan khidmat khas menangkap ular sawa batik di Rumah Tinting 2000, Roban awal pagi tadi. Foto: APM Saratok

Nur Athirah berkata operasi yang bermula pada 3.26 pagi itu selesai sekitar 4.14 pagi sebelum reptilia tersebut dibawa balik ke PKOD Saratok untuk tindakan lanjut.

Keseluruhan operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga ADUN sepakat tangani isu akses kesihatan di Saratok
Next: Jalan pertanian dicadang di Pantu, permudah angkut hasil kelapa sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.