Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe, Vinicius muncul wira kemenangan Madrid
  • SUKAN

Mbappe, Vinicius muncul wira kemenangan Madrid

Utusan Sarawak 22 hours ago
MBAPPE meraikan jaringan menerusi sepakan penalti bersama Vinicius. Foto AFP

OVIEDO: Kylian Mbappe sekali lagi muncul wira buat Real Madrid apabila menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 menentang Real Oviedo pada aksi La Liga, awal pagi tadi.

Bagi Oviedo, yang kembali ke saingan utama Sepanyol selepas hampir 25 tahun, kehadiran juara Eropah 15 kali itu menjadi satu acara besar dan penyokong Asturian tidak melepaskan peluang untuk menyemarakkan suasana.

Dua bintang, Mbappe dan Vinicius Junior, menjadi pemisah di utara Sepanyol.

Penyerang Perancis itu meledak dua gol sebelum Vinicius menambah jaringan ketiga pada penghujung perlawanan.

Jurulatih Madrid, Xabi Alonso, melakukan beberapa perubahan ketara daripada kemenangan 1-0 ke atas Osasuna sebelum ini dengan menggugurkan Vinicius dan Trent Alexander-Arnold untuk memberi ruang kepada Rodrygo Goes serta kapten kelab, Dani Carvajal, yang kembali daripada kecederaan.

Vinicius yang digugurkan memberi impak apabila masuk sebagai pemain gantian dan menyumbang satu bantuan gol serta satu jaringan dalam tempoh setengah jam di padang.

“Ia adalah perlawanan yang sangat serius dan lengkap. Baik ketika menguasai bola mahupun tanpa bola. Kami bermain sebagai satu pasukan.

“Dan Vini masuk serta memainkan peranan dalam dua gol yang memberikan kami ketenangan. Akan ada perlawanan untuk semua pemain. Keputusan dibuat dengan kepentingan pasukan, dan itulah yang berlaku hari ini,” kata Alonso.

Bintang muda sensasi Argentina, Franco Mastantuono, turut membuat penampilan sulung penuh bersama Los Blancos.

Pemain berusia 18 tahun itu sempat mempamerkan kemampuan menggelecek bertenaga seawal permainan apabila melepasi dua pertahanan Oviedo ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan, namun rayuannya untuk sepakan penalti tidak diendahkan pengadil. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Selepas jaring gol, United lupa cara bermain – Amorim
Next: Miri FA juara edisi pertama Liga Piala Lela Cheteria 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.