Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak autisme dilaporkan hilang, usaha mencari diteruskan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kanak-kanak autisme dilaporkan hilang, usaha mencari diteruskan

Utusan Sarawak 1 day ago
ANTARA lokasi pencarian termasuk di anak sungai, hutan kebun berdekatan serta pemantauan di jeti Sungai Batu Kawa.

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang juga orang kurang upaya (autisme) dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Jalan Kim Chu Hin, Batu Kawa, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut laporan awal, ahli keluarga mangsa memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut keluar dari rumah tanpa disedari sebelum mereka menemui sepasang kasut mangsa masing-masing pada jarak sekitar 10 meter dan 30 meter berhampiran anak sungai Kampung Kim Chu Shin.

Komander Operasi Rahman Deni berkata usaha pencarian telah dijalankan di kawasan sekitar termasuk di anak sungai, hutan kebun berdekatan serta pemantauan di jeti Sungai Batu Kawa namun setakat ini tiada petunjuk ditemui.

“Pasukan kami terus menggerakkan operasi pencarian bersama penduduk kampung dan pasukan tambahan bagi memperluas kawasan pencarian,” katanya.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Mohamad Duri puji prestasi cemerlang JHBC Saratok di Kejohanan Tinju
Next: Nyanyian bukan sekadar hiburan, tapi cinta pada tanah air – ADUN Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.