BBP Sarikei perkukuh kesedaran keselamatan di SK Lichok

Facebook
WhatsApp
PESERTA belajar cara mengendalikan alat pemadam api dengan cara yang betul. Foto BBP Sarikei

SARIKEI, 24 Oktober: Seramai 75 peserta mengikuti program pendidikan keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lichok bagi meningkatkan pengetahuan mengenai pencegahan kebakaran, keselamatan di air dan tindakan menghadapi situasi kecemasan.

Ketua Balainl Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, program tersebut merupakan antara usaha memberikan pendidikan awal mengenai aspek keselamatan, khususnya dalam menghadapi risiko kebakaran dan kejadian kecemasan.

“Dua anggota bomba bertugas mengendalikan program tersebut.

“Pendedahan mengenai keselamatan kebakaran dan keselamatan di air amat penting supaya peserta mempunyai pengetahuan asas tentang risiko yang mungkin dihadapi serta tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, program bermula 9.00 pagi hingga 11.30 pagi tersebut merangkumi empat pengisian utama berkaitan keselamatan diri dan persekitaran.

“Selain ceramah keselamatan, peserta turut mengikuti sesi teori tatacara dan praktikal cara menggunakan alat pemadam api sebagai pendedahan kepada peralatan asas pemadaman kebakaran.

“Pengisian mengenai pengungsian bangunan pula memberikan penekanan kepada kepentingan mengetahui tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecemasan,” katanya.

Tambahnya, pengetahuan asas keselamatan wajar diterapkan secara berterusan agar masyarakat lebih peka terhadap potensi bahaya dan kepentingan langkah pencegahan.

Oleh Earl Anek

Bomba tangkap ular sawa dalam reban ayam

BINTANGOR, 24 Oktober: Kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayam di Jalan Muhibah mencetuskan kebimbangan penghuni pada malam kelmarin.