Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 16 individu disyaki terlibat dadah ditahan dalam operasi AADK di Sibu
  • JENAYAH

16 individu disyaki terlibat dadah ditahan dalam operasi AADK di Sibu

Utusan Sarawak 13 hours ago
DITAHAN… Orang Yang Disyaki (OYDS) telah ditahan dalam Operasi Perdana yang dijalankan AADK Daerah Sibu, semalam. Foto
AADK Daerah Sibu)

SIBU: Seramai 16 Orang Yang Disyaki (OYDS) berusia antara 24 hingga 49 tahun ditahan dalam Operasi Perdana yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, semalam.

AADK Daerah Sibu menerusi kenyataan di Facebook rasminya memberitahu, operasi yang bermula 6.00 petang itu membabitkan sembilan pegawai agensi telah melakukan serbuan dan penahanan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Sibu.

Sepanjang operasi berlangsung, seramai 16 individu telah ditahan, daripada jumlah tersebut 14 orang disahkan positif dadah berdasarkan ujian saringan urin.

Bahan dadah yang paling banyak dikesan ialah Methamphetamine (syabu), melibatkan 10 individu, diikuti oleh Tetrahydrocannabinol (THC) dengan empat individu.

Operasi seperti ini penting untuk membersihkan kawasan yang menjadi sarang penagihan dadah serta menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk masyarakat.

Komitmen AADK dalam membantu individu yang terlibat mendapatkan rawatan dan pemulihan yang diperlukan dan AADK akan terus mempergiatkan operasi pengesanan dan penahanan serta usaha pencegahan dalam memastikan matlamat “Dadah Terkawal 2025” tercapai demi kesejahteraan negara dan masa depan generasi muda. 

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes anak Rafizi: Polis rakam keterangan 19 individu – KPN
Next: Kes Zara: Tindakan tatatertib ke atas pegawai terlibat jika langgar peraturan – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.