Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 26 PATI ditahan Imigresen dalam Ops Pintu/Gegar di Bintulu
  • JENAYAH

26 PATI ditahan Imigresen dalam Ops Pintu/Gegar di Bintulu

Utusan Sarawak 20 hours ago

OPERASI… Ops Pintu/Gegar dijalankan di sekitar Bandar Bintulu, awal pagi semalam. Foto JIM Sarawak

BINTULU: Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam Ops Pintu/Gegar di sekitar bandar ini awal pagi semalam.

Operasi bermula 12.00 tengah malam itu dilaksanakan Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) JIM Sarawak dengan pemeriksaan melibatkan seramai 52 individu.

Daripada jumlah yang diperiksa, 23 adalah warganegara Indonesia, seorang warga Filipina dan dua warga India ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Kesalahan dikesan termasuk di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh dan Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” kata kenyataan JIM Sarawak.

Selain itu, satu notis turut dikeluarkan kepada seorang majikan bagi membantu siasatan lanjut berhubung penggajian pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

JIM Sarawak menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran PATI serta memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JIM Kuching tahan 102 PATI dalam Ops Mahir
Next: Kes anak Rafizi: Polis rakam keterangan 19 individu – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.