Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Pelancongan Kolej Komuniti Sarikei tampilkan pemandu berlesen
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Pelancongan Kolej Komuniti Sarikei tampilkan pemandu berlesen

Utusan Sarawak 22 hours ago
PERKONGSIAN… Wong pada sesi perkongsian dalam Program Panduan Pelancongan Secara Praktikal: Tip & Pengalaman Sebenar.

SIBU: Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu telah menganjurkan Program Panduan Pelancongan Secara Praktikal: Tip & Pengalaman Sebenar menampilkan seorang Pemandu Pelancong Berlesen (Bahasa Inggeris) Wong Ing Hoo, sebagai Pensyarah Pelawat Industri (PPI).

Program ini dianjurkan khusus untuk pelajar Kursus SPL30203 – Pemanduan Pelancongan, dengan objektif memberikan pendedahan bernilai tambah daripada tenaga industri sebenar. 

Melalui perkongsian Wong, para pelajar berpeluang mempelajari tip praktikal, pengalaman sebenar di lapangan, cabaran industri pelancongan, serta kepentingan profesionalisme dalam membina kerjaya sebagai pemandu pelancong.

Dalam sesi selama sejam, Wong turut berkongsi pengalaman beliau mengendalikan pelancong antarabangsa, menekankan aspek penguasaan bahasa Inggeris, pengetahuan budaya, keselamatan pelancong, dan etika kerja. 

DEMONTRASI… Wong melakukan demontrasi tarian tradisional Orang Ulu, tarian Ngajat.

Pelajar juga diberikan ruang untuk bertanya secara terus, menjadikan sesi ini interaktif serta lebih bermakna.

Menariknya, sesi kali ini turut diserikan dengan demontrasi tarian tradisional Orang Ulu, iaitu Tarian Ngajat Sape yang dipersembahkan sendiri oleh Wong. 

Persembahan ini bukan sahaja mencerminkan keunikan budaya etnik Sarawak, malah memberi inspirasi kepada pelajar tentang peranan pemandu pelancong dalam memperkenalkan seni dan warisan tempatan kepada pelancong luar negara.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Sarikei, Norasmah Jaafar, program PPI ini merupakan usaha berterusan kolej untuk menghubungkan pelajar dengan industri sebenar, seiring aspirasi TVET melahirkan graduan yang relevan dan bersedia bekerja.

RAKAM KENANGAN….Wong (duduk tiga kiri) merakam kenangan bersama para peserta Program Panduan Pelancongan Secara Praktikal: Tip & Pengalaman Sebenar.

“Kami percaya bahawa pendedahan awal kepada realiti industri akan membantu pelajar bukan sahaja memahami teori dengan lebih baik, tetapi juga membina keyakinan diri dan kemahiran insaniah yang diperlukan untuk berkhidmat dalam sektor pelancongan,” jelasnya.

Program ini juga memberi impak positif kepada industri pelancongan tempatan kerana pelajar dapat menimba ilmu secara langsung daripada pengamal berpengalaman. 

Ini sekali gus membantu melahirkan tenaga kerja baharu yang kompeten untuk menyokong pertumbuhan sektor pelancongan Sarawak, khususnya di kawasan Sibu, Sarikei dan destinasi sekitar.

Pihak kolej berharap kerjasama dengan Wong serta pemain industri lain dapat diteruskan secara berkala, bagi memastikan kesinambungan hubungan ‘akademia – industri’ yang kukuh, serta memperkasakan Sarawak sebagai destinasi pelancongan berdaya saing di peringkat serantau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: The Gala M.O Sarawak 2025: Acara berprestij kembali ke Miri September ini
Next: Pasukan Kembara Hari Malaysia tiba di Bekenu, terharu sambutan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.