Bekalan darah kumpulan B diperlukan segera di Hospital Miri

Facebook
WhatsApp
PENDERMAAN DARAH… Individu yang mempunyai kumpulan darah B digalakkan tampil menderma bagi membantu memenuhi permintaan tinggi terhadap bekalan darah di Hospital Miri.Foto hiasan janaan AI

MIRI, 2 November: Tabung Darah Hospital Miri menyeru individu yang mempunyai kumpulan darah B supaya tampil menderma darah susulan permintaan tinggi terhadap bekalan darah kumpulan berkenaan.

Gesaan itu dibuat menerusi hantaran di Facebook rasmi Tabung Darah Hospital Miri yang mengajak penderma darah kumpulan B membantu memenuhi keperluan bekalan darah di hospital tersebut.

“Perhatian kepada Adiwira B, kami menggesa anda untuk menderma darah berikutan permintaan yang tinggi,” menurut hantaran berkenaan.

Sehubungan itu, individu yang mempunyai kumpulan darah B dan memenuhi syarat kelayakan pendermaan digalakkan tampil menderma bagi membantu memastikan bekalan darah mencukupi untuk pesakit yang memerlukan.

Oleh Liong Chai Ling