Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • All Saints Chapel Gua terima peruntukan UNIFOR, fasiliti ditingkat
  • Tengah
  • WILAYAH

All Saints Chapel Gua terima peruntukan UNIFOR, fasiliti ditingkat

Utusan Sarawak 18 hours ago
 DATUK Mong Dagang meluangkan masa meninjau sendiri kerja-kerja pemasangan pagar di sekeliling All Saints Chapel Gua, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang telah meluangkan masa meninjau sendiri kerja-kerja pemasangan pagar di sekeliling All Saints Chapel Gua, dekat sini kelmarin.

Projek pemasangan pagar tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan yang disalurkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) ke akaun Chapel berkenaan.

Selain pemasangan pagar, pihak jawatankuasa Chapel turut memanfaatkan dana tersebut untuk melaksanakan pemasangan penghawa dingin di bangunan Chapel serta di Parish Hall All Saints Gua.

Kemudahan baharu itu diharap dapat memberi keselesaan kepada penganut dan masyarakat setempat yang hadir mengadakan aktiviti keagamaan di kawasan tersebut.

Tidak hanya terhenti di situ, sebahagian daripada peruntukan juga digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih lain bagi memastikan fasiliti Chapel sentiasa dalam keadaan baik dan terurus.

Secara keseluruhan, All Saints Gua menerima bantuan berjumlah RM106,000 daripada pihak UNIFOR untuk tujuan penyelenggaraan dan penambahbaikan fasiliti.

Kerja-kerja berkenaan kini sedang giat dijalankan dan dijangka memberi impak positif terhadap keselesaan serta kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 122 tong air diagihkan kepada penduduk Kampung Kaba
Next: Missing person reported in Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.