Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 122 tong air diagihkan kepada penduduk Kampung Kaba
  • Selatan
  • WILAYAH

122 tong air diagihkan kepada penduduk Kampung Kaba

Utusan Sarawak 14 hours ago

Pengagihan tong air kepada penduduk Kampung Kaba yang disempurnakan oleh Mohamad Duri, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Sebanyak 122 tong air diagihkan kepada penduduk Kampung Kaba dalam satu majlis penyerahan simbolik yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, hari ini.

Penyerahan itu disampaikan kepada Ketua Kaum Kampung Kaba, Ahmad Diwi Deli yang mewakili penduduk kampung bagi menerima kemudahan berkenaan.

Menurut Mohamad Duri, pengagihan tong air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka telah bermula semalam dan akan diteruskan sehingga 25 Ogos ini bagi memastikan semua penerima mendapat manfaat.

Inisiatif tersebut katanya bukan sahaja melibatkan Kampung Kaba, malah beberapa kampung lain serta kawasan rumah panjang, termasuk Kampung Kupang yang turut menerima agihan tong air.

Mohamad Duri menegaskan bahawa pemberian tong air adalah langkah penting kerajaan negeri melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menyediakan kemudahan asas, khususnya bagi penduduk luar bandar.

“Masih terdapat kawasan yang belum mendapat bekalan air terawat sepenuhnya. Dengan pengagihan sumbangan tong air ini, penduduk dapat menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan harian mereka, terutamanya musim kemarau,” jelasnya.

Pengagihan tong air kepada penduduk Kampung Kaba yang disempurnakan oleh Mohamad Duri, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas usaha berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, termasuk memastikan kemudahan asas seperti air bersih dapat dinikmati secara lebih menyeluruh di Kalaka.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anggota bomba Batu Niah lulus ujian air kencing, bebas dadah
Next: All Saints Chapel Gua terima peruntukan UNIFOR, fasiliti ditingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.