Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lawas tangkap ular sawa kekenyangan di reban ayam
  • Utara
  • WILAYAH

APM Lawas tangkap ular sawa kekenyangan di reban ayam

Utusan Sarawak 13 hours ago
TANGKAP ULAR…anggota APM Lawas kelihatan menangkap ular sawa yang berada dalam reban ayam di Kampung Bukit Naga Lawas.  

LAWAS: Seekor ular sawa sepanjang lebih dua meter yang kekenyangan selepas menelan seekor ayam berjaya ditangkap oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas dalam satu operasi berhampiran Surau Bukit Naga, di sini pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas, Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, kejadian disedari penduduk kampung sekitar 8.00 pagi selepas terdengar bunyi ayam berkokok dan keadaan bising dari arah reban.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.35 pagi, sepasukan anggota diketuai Lans Koperal (PA) Christopher Musa bersama tiga anggota terus digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 10 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Lawas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KEKENYANGAN…seekor ular sawa ditemui sedang menghadam ayam yang ditelannya masih berada dalam reban ayam.

Menurut beliau, sebaik tiba, pasukan dimaklumkan tentang kehadiran seekor ular sawa batik di dalam reban ayam milik penduduk.

“Pasukan mengambil masa lebih 10 minit untuk menangkap ular tersebut menggunakan teknik menyepit.

“Operasi selesai sepenuhnya pada 8.56 pagi,” jelasnya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: George Lam calls for dialogue on ART construction at Taman Stutong Indah
Next: BBP Batu Niah laksana pemeriksaan rutin peralatan, kenderaan operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.