Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pemandu lori didenda RM8,500 bawa muatan lebihi had LPKP
  • MAHKAMAH

Pemandu lori didenda RM8,500 bawa muatan lebihi had LPKP

Utusan Sarawak 16 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam telah menjatuhkan hukuman denda RM8,500 atau penjara empat bulan terhadap seorang pemandu lori selepas mengaku salah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan dalam Lesen Pembawa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Barkery Ladi Jangga berusia 36 tahun dituduh melakukan kesalahan tersebut apabila didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan pada Lesen Pembawa di bawah Seksyen 19(1)(b)(vi) Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (ALPKP) 1987. 

Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 19(3) akta sama dan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, pada 26 Mei, 8.00 pagi, sepasukan penguatkuasa dari Stesen Penguatkuasa JPJ Stapang telah menjalankan operasi yang memberi tumpuan kepada kenderaan perdagangan yang membawa muatan lebih had dibenarkan di laluan dari Pekan Stapang ke Bandar Sibu.

Lebih kurang 8.27 pagi lori dipandu oleh tertuduh dan membawa muatan barangan kargo telah ditahan untuk tujuan pemeriksaan selepas disyaki membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Berikutan itu notis arah timbang telah dikeluarkan kepada pemandu untuk ditimbang serta ditentukan berat kenderaan dan muatan barangan di Stesen Penguatkuasa JPJ Stapang. 

Hasil penimbangan didapati berat kenderaan dan muatan dibawa berjumlah 16,540 kilogram iaitu lebihan muatan sebanyak 5,540 kilogram bersamaan 50.36 peratus daripada Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam Lesen Pembawa LPKP iaitu 11,000 kilogram.

Terdahulu Pegawai Pendakwa JPJ Cawangan Sibu, Mohd.Erwan Bohari memberitahu Majestret Onn Kerk Chern, kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan berisiko tinggi mengalami kegagalan sistem brek yang boleh mengakibatkan kemalangan serius dan boleh menyumbangkan kepada kehilangan nyawa pengguna-pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Menurutnya, kenderaan membawa muatan berlebihan memberi tekanan melampau kepada permukaan jalan raya, jambatan serta infrastruktur awam lain dan seterusnya menyebabkan kerosakan yang kos penyelenggaraan tinggi terpaksa ditanggung Kerajaan dan rakyat.

Selain itu katanya, orang kena tuduh tersebut mempunyai enam rekod kesalahan berulang dan telah disabitkan di mahkamah sebelum ini, jelas menunjukkan tidak ada keinsafan.

Oleh itu hukuman setimpal perlu dikenakan atas demi menjaga kepentingan awam secara keseluruhannya.

Sementara itu, pemandu tersebut memohon makhkamah meringankan hukuman kerana perlu menanggung keluarga dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Zara Qairina: Lima remaja berdepan tuduhan buli
Next: Lima remaja didakwa guna perkataan mencela terhadap Zara Qairina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.