Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM7 juta diperuntuk bangunkan akuakultur air payau di Sarawak
  • TEMPATAN

RM7 juta diperuntuk bangunkan akuakultur air payau di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGHARGAAN…Henry Sum menerima buku mengenai tukun di Sarawak daripada Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak Abdul Rahman Wahab sambil disaksikan (paling kiri) Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok

LAWAS: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Laut Sarawak membelanjakan sebanyak RM7 juta bagi membangunkan projek akuakultur air payau di seluruh Sarawak sejak pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bermula pada 2021.

Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan bekalan sumber protein kepada rakyat Sarawak, khususnya daripada hasil ikan, di samping memajukan sektor akuakultur dan perikanan air payau, sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah pengusaha tempatan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, berkata usaha ini juga sejajar dengan inisiatif kerajaan dalam memantapkan sekuriti makanan dan memperkukuh ekonomi luar bandar.

“Melalui program pembangunan akuakultur di bawah RMK-12 dari 2021 hingga 2025, sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif membabitkan pengusaha kecil sehingga ke pengusaha komersial, termasuk di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Tambah beliau, bantuan yang disalurkan meliputi input operasi, peralatan mudah alih, dan sistem ternakan, dan ditawarkan kepada pengusaha yang berpotensi serta berkelayakan.

Bagi 2025 sahaja, sebanyak RM1.98 juta telah diperuntukkan dan memberi manfaat kepada 44 penternak dari daerah seperti Santubong, Lundu-Sematan, Sadong Jaya, Kabong, Pusa, Sibu, Sarikei, Tanjung Manis, Mukah dan Lawas.

“Di Daerah Lawas, sejumlah RM283,000 telah disalurkan kepada 19 penternak akuakultur air payau setakat ini,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran tukun rekreasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak bagi kawasan Kampung Punang dan Awat-Awat, Daerah Lawas, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Tebingan Pantai Kampung Punang, Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut, Abdul Rahman Wahab dan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Sarawak kukuh benteng laut: 202,049 tukun dilabuhkan sejak 1984
Next: Akses pendidikan STEM perlu sama rata untuk pelajar luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.