Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program ‘Bersiap & Menawan’ bantu wanita tingkat keyakinan diri
  • TEMPATAN

Program ‘Bersiap & Menawan’ bantu wanita tingkat keyakinan diri

Utusan Sarawak 2 days ago
PROGRAM istimewa bertemakan pemerkasaan wanita, ‘Bersiap & Menawan – Perjalanan Menuju Keyakinan Diri’.

KUCHING: Biro Wanita Saberkas Negeri Sarawak akan menganjurkan program istimewa bertemakan pemerkasaan wanita, ‘Bersiap & Menawan – Perjalanan Menuju Keyakinan Diri’, pada 17 Ogos 2025 (Ahad) di Auditorium Muzium Budaya Borneo.

Program transformasi ini bertujuan memberi inspirasi kepada golongan wanita untuk meningkatkan keyakinan diri melalui aspek penjagaan penampilan, gaya, dan ekspresi diri.

Acara kemuncak akan menampilkan sesi ucaptama oleh ikon fesyen negara, Gillian Hung atau lebih dikenali sebagai Mama G.

Beliau merupakan tokoh terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dengan pengalaman puluhan tahun sebagai pereka, mentor, dan bekas Presiden Persatuan Pereka Fesyen Rasmi Malaysia (MODA).

“Keyakinan bermula dengan bagaimana kita melihat diri sendiri, dan fesyen adalah antara alat paling berkuasa untuk menzahirkan kekuatan dalaman itu,” kata Gillian Hung.

Selain itu, program turut menyediakan bengkel interaktif, sesi forum, dan peluang jaringan yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan potensi wanita, sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Di bawah kepimpinan Pengerusi Biro Wanita Saberkas, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, penganjuran ini selari dengan misi berterusan Saberkas dalam memupuk pembangunan diri dan penglibatan komuniti wanita di seluruh Sarawak.

“Kehadiran Mama G ke Sarawak pasti memberi inspirasi kepada peserta untuk meraikan keunikan diri dan melangkah dengan penuh keyakinan,” ujar Datuk Sharifah Hasidah.

Katanya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Biro Wanita Saberkas untuk membekalkan wanita dengan kemahiran, pengetahuan, dan rangkaian hubungan yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia masa kini.

Orang ramai, khususnya wanita yang ingin mempertingkat gaya peribadi dan keyakinan diri, dijemput untuk menyertai program ini.

Tempat adalah terhad dan pendaftaran diperlukan. Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi Julianne Philip di talian 012-5205712 atau layari Facebook dan Instagram Biro Wanita Saberkas Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilson Nyabong tawar diri rebut jawatan Presiden PRS pada TDC Oktober Ini
Next: Sarawak kukuh benteng laut: 202,049 tukun dilabuhkan sejak 1984

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.