Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan kucing terperangkap di siling rumah di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba selamatkan kucing terperangkap di siling rumah di Miri

Utusan Sarawak 1 day ago

TERPERANGKAP…Keadaan seekor kucing yang terperangkap di atas siling  rumah di Kampung Pengkalan Lutong, hari ini. Foto BBP Lutong.


MIRI: Seorang pemilik kucing  terpaksa meminta bantuan bomba selepas haiwan peliharaan miliknya  terperangkap di atas siling rumah di Kampung Pengkalan Lutong di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu  pada 10.24 pagi.

Katanya, sepasukan bomba  yang diketuai oleh PBK II Awang Arizal bersama empat anggota digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak lapan kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati kucing tersebut masih berada di atas siling dan tidak dapat turun sendiri.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat secara berhati-hati,” katanya di sini.

Operasi itu tamat pada 12.00 tengah hari.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti Rami OooHaa @Marudi bakal semarakkan Dataran Marudi 22 – 24 Ogos ini
Next: Pusat Falak Bintulu berpotensi jadi hab pendidikan sains moden dan Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.