Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan Datuk Bandar 2025 promosi gaya hidup sihat, perpaduan komuniti
  • TEMPATAN

Perarakan Datuk Bandar 2025 promosi gaya hidup sihat, perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berucap pada sidang media Acara Perarakan Datuk Bandar 2025 di Bangunan MBKS, hari ini.

KUCHING: Acara Perarakan Datuk Bandar 2025 yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini di MBKS Boulevard sekali lagi dijangka meriah dengan penyertaan ribuan warga Kuching Selatan pelbagai lapisan usia.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkata program yang memasuki edisi ketujuh sejak diperkenalkan pada 2017 itu kini menjadi antara acara tahunan paling dikenali dalam mempromosikan kesihatan, perpaduan dan kecintaan terhadap aktiviti luar.

“Dari sekadar aktiviti komuniti kecil, Perarakan Datuk Bandar berkembang menjadi simbol nilai bersama dan komitmen kita terhadap kualiti hidup yang lebih baik,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Belia, Kebudayaan dan Sukan MBKS yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, penyertaan masyarakat serta mengukuhkan hubungan komuniti.

Selain itu, penganjuran tahun ini turut menegaskan sokongan kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) khususnya Matlamat 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, serta Matlamat 17: Perkongsian untuk Matlamat.

DATO Wee Hong Seng dan tetamu yang lain bergambar dengan hadiah yang bakal dimenangi pada sidang media Acara Perarakan Datuk Bandar 2025 di Bangunan MBKS, hari ini.

Menurut Wee, keunikan Perarakan Datuk Bandar adalah penyertaan pelbagai generasi dari kanak-kanak hingga warga emas yang berjalan bersama sambil berinteraksi dan menikmati suasana persekitaran, sekali gus memupuk kesedaran pemeliharaan alam sekitar.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penaja yang sentiasa memberikan sokongan antaranya Ibraco Berhad, 38 Yayasan Amal Cinta, Chagee, Lalamove, Premier Echo Sound and Light System Sdn Bhd, Revive, Sarawak Energy Berhad, Go Beyond, WG Cycle, Kok Siong serta City Joggers Club (CJC) yang menjadi rakan penganjur sejak edisi pertama.

Pengambilan baju-T peserta akan diadakan di Lobi MBKS pada 15 Ogos (9.00 pagi – 4.00 petang) dan 16 Ogos (9.00 pagi – 1.00 tengah hari) dengan membawa kod QR pendaftaran Ipeope sebagai syarat wajib.

“Marilah kita terus melangkah bersama ke arah Kuching yang lebih sihat, hijau dan bersatu padu,” ujar beliau sambil mengajak orang ramai hadir seawal 6.00 pagi pada 17 Ogos untuk memeriahkan Perarakan Datuk Bandar 2025.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 16 laluan ditutup berperingkat sempena Perarakan Jalanan Kuching 2025
Next: Wilson Nyabong tawar diri rebut jawatan Presiden PRS pada TDC Oktober Ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.