Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City terima tajaan RM1 juta daripada Press Metal Bintulu
  • SUKAN

Kuching City terima tajaan RM1 juta daripada Press Metal Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO facebook Kuching City FC

KUCHING: Semangat skuad Kuching City FC pada kempen Liga Super 2025/2026 terus membara selepas menerima tajaan RM1 juta daripada Press Metal Bintulu Sdn Bhd bagi tempoh satu musim.

Majlis menandatangani memorandum tajaan di Hotel Pullman di sini, disempurnakan Pengerusi Kuching City FC, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Bintulu, Ooi Beng Guan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan.

Fazzrudin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berkata kerjasama strategik bersama Press Metal memasuki tahun ketiga, sekali gus membuktikan keyakinan syarikat itu terhadap potensi pasukan.

Menurutnya sokongan tersebut penting bagi memperkukuh perancangan jangka panjang kelab, termasuk usaha melahirkan lebih ramai pemain tempatan berdaya saing di Liga Super.

Beliau berpuas hati dengan kemenangan sulung menewaskan Kelantan The Real Warriors FC 4-0 pada 9 Ogos lepas dan optimis kombinasi pemain import serta tempatan mampu memberi cabaran sengit kepada lawan.

Bagaimanapun, Fazzrudin mengingatkan pemain supaya kekal fokus menghadapi perlawanan seterusnya, termasuk aksi getir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Negeri pada 24 Ogos ini.

Bagi saingan Piala FA, Kuching City FC meletakkan sasaran mara ke suku akhir, namun pendekatan realistik akan diambil untuk melangkah lebih jauh berdasarkan prestasi semasa.

Selain bola sepak, Press Metal turut aktif melaksanakan pelbagai inisiatif komuniti di Sarawak merangkumi pembinaan kemudahan pendidikan, bantuan kesihatan bernilai jutaan ringgit serta penajaan sukan lain seperti badminton.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pasukan bola tampar 14TKB Meradong sedia beraksi di Kejohanan Peringkat Sarawak
Next: MSSB Samarahan bangkit tewaskan MSSB Kapit 2-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.