Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 30 ahli cemerlang SDNU Sibu terima insentif akademik
  • PENDIDIKAN

30 ahli cemerlang SDNU Sibu terima insentif akademik

Utusan Sarawak 2 days ago
JOHNADY Janton (tiga kanan) menyampaikan insentif pendidikan kepada salah seorang penerima pada majlis sempena Hari Keluarga SDNU Sibu 2025 di Reki Raldin Resort, Belawai, Sabtu lalu.

SIBU: Seramai 30 ahli Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu yang cemerlang dalam bidang akademik menerima insentif dan pengiktirafan daripada persatuan itu pada majlis sempena Hari Keluarga SDNU Sibu 2025 di Reki Raldin Resort, Belawai, pada Sabtu lalu.

Majlis penyerahan insentif tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Biro Pendidikan, Johnady Janton, bersama-sama dengan Pengerusi SDNU Sibu, Chambai Lindong.

Menurut Johnady, program tahunan itu merupakan inisiatif penting persatuan bagi menghargai usaha gigih ahli dalam mencapai kecemerlangan pendidikan serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

“Program ini bertujuan meningkatkan motivasi ahli untuk terus berjaya dalam bidang pelajaran, di samping mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam persatuan.

“Kami berbangga dengan pencapaian ahli-ahli kami, dan insentif ini adalah tanda penghargaan kecil atas dedikasi serta kerja keras mereka,” katanya.

Johnady berkata, program insentif itu terbuka kepada semua ahli SDNU Sibu yang layak, bermula daripada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke pengajian tertinggi, Doktor Falsafah (PhD).

Katanya, syarat kelayakan dan jumlah insentif yang diterima adalah berbeza mengikut peringkat pengajian, bagi memastikan pengiktirafan yang adil dan menyeluruh.

“Bagi penerima peringkat SPM, mereka yang memperoleh keputusan 3A ke atas menerima RM100.

“Peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, dan yang setaraf pula menerima RM120 jika mencapai 3A atau lebih.

“Seterusnya, insentif berjumlah RM150 diberikan kepada penerima peringkat Diploma, manakala penerima ijazah Sarjana Muda menerima RM200.

“Bagi peringkat pengajian pascasiswazah, penerima ijazah Sarjana dianugerahkan RM250, manakala penerima Doktor Falsafah (PhD) menerima insentif tertinggi, iaitu RM300,” jelasnya.

Mengulas mengenai penganjuran Hari Keluarga SDNU Sibu, katanya, ia diadakan bertujuan memperkukuhkan jalinan kekeluargaan dan semangat perpaduan dalam kalangan ahli-ahlinya.

“Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi pendorong kepada lebih ramai ahli untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan membawa nama baik persatuan,” tambahnya

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pengarah pendidikan negeri, pegawai PPD diarah lakukan lawatan mengejut ke sekolah
Next: Pelbagai pameran, aktiviti & perkongsian ilmu menanti di Ekspo Pendidikan Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.