Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City FC belasah Kelantan TRW 4-0
  • SUKAN

Kuching City FC belasah Kelantan TRW 4-0

Utusan Sarawak 1 day ago
KEMENANGAN 4-0 ke atas Kelantan The Real Warriors (TRW) pada aksi pembukaan Liga Super musim 2025/2026 malam tadi bukan sahaja menghadiahkan tiga mata berharga kepada Kuching City FC, malah menjadi pembakar semangat awal skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak untuk menghadapi cabaran musim ini. Foto Facebook Kuching City FC

PETRA JAYA: Kemenangan 4-0 ke atas Kelantan The Real Warriors (TRW) pada aksi pembukaan Liga Super musim 2025/2026 malam tadi bukan sahaja menghadiahkan tiga mata berharga kepada Kuching City FC, malah menjadi pembakar semangat awal skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak untuk menghadapi cabaran musim ini.

Penolong ketua jurulatih Kuching City FC Firdaus Morshidi, bagaimanapun mengakui kejayaan di Stadium Negeri itu tidak bermakna pasukan boleh berasa selesa, sebaliknya masih banyak aspek perlu diperbaiki memandangkan sebahagian pemain masih baharu dan sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.

“Secara keseluruhan, mereka bermain dengan baik. Di atas padang mereka memberikan 100 peratus, begitu juga dalam latihan sebelum perlawanan ini.

“Kemenangan ini memang dirancang untuk memberikan momentum positif kepada skuad,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Mengulas persiapan menghadapi perlawanan seterusnya, Firdaus berkata fokus pasukan kini terarah kepada saingan Piala FA menentang Brunei DPMM pada 16 Ogos, sebelum kembali beraksi dalam Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 24 Ogos ini.

“Kita ambil langkah demi langkah… Selepas ini fokus kepada Piala FA dahulu, kemudian berdepan JDT. Perubahan kesebelasan utama pemain untuk perlawanan seterusnya bergantung kepada tahap kecergasan dan situasi kecederaan pemain,” katanya.

Beliau turut optimis Cats mampu melangkah sejauh mungkin dalam Piala FA dan Piala Malaysia sekiranya momentum prestasi dapat dikekalkan.

“Insya-Allah kalau kita pergi lebih jauh lagi, itu lebih baik. Kalau sampai ke final, Alhamdulillah. Sasaran tetap ada untuk menang,” katanya.

Dalam aksi malam tadi, Wanja Ronald Ngah menjaringkan dua gol masing-masing pada minit keenam dan ke-71, manakala Joao Pedro (minit ke-17) serta Ramadhan Saifullah (masa kecederaan) melengkapkan kemenangan bergaya Cats ke atas skuad bimbingan Elavarasan Elangowan.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sokong pembangunan sukan Muaythai di Sarawak, Senator Dato Ahmad Ibrahim hadiri Kejohanan ‘MTK X NAO ProFight’ 2025
Next: Beri peluang Wan Arif-Roy King, Hon Jian-Muhammad Haikal beraksi di Sukan SEA – Aaron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.