Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Insiden permainan berputar di Kuching Festival 2025, MBKS mohon maaf
  • Selatan
  • WILAYAH

Insiden permainan berputar di Kuching Festival 2025, MBKS mohon maaf

Utusan Sarawak 1 day ago
DITEMUI MEDIA… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika memberikan kenyataan kepada pihak media berhubung insiden permainan berputar di Tapak Perayaan Kuching Festival 2025 MBKS, malam tadi.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memohon maaf kepada semua yang terlibat susulan insiden melibatkan sebuah permainan berputar di Tapak Perayaan Kuching Festival 2025 berhampiran Dewan Masyarakat Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 9.40 malam itu, seramai tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan segera daripada pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di lokasi kejadian.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dalam kenyataan hari ini menzahirkan rasa dukacita dan memohon maaf kepada mangsa serta keluarga yang terkesan.

“Saya memahami kejadian ini amat mengejutkan dan menyedihkan kita semua. Keselamatan komuniti sentiasa menjadi keutamaan MBKS.

“Sejurus kejadian, kami telah mengarahkan kontraktor untuk menutup sepenuhnya kawasan permainan berkenaan dan memohon Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menjalankan pemeriksaan semula ke atas semua mesin serta aspek keselamatan di tapak permainan,” katanya.

Menurut beliau, kawasan permainan akan kekal ditutup sehingga JKKP melengkapkan pemeriksaan dan memberi pensijilan keselamatan rasmi bagi semua permainan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa sebelum penganjuran festival, MBKS telah menetapkan langkah keselamatan yang ketat termasuk mewajibkan pengendali taman hiburan memperoleh kelulusan JKKP serta menyediakan insurans liabiliti awam yang sah.

“Namun begitu, insiden ini tetap berlaku dan kami amat kesal atas kejadian yang tidak diingini ini,” ujarnya.

Satu siasatan kini sedang dijalankan dan MBKS bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kami tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan. Segala tindakan lanjut akan diambil dengan penuh tanggungjawab,” tambahnya.

Bagi pengunjung yang telah membeli tiket permainan Tagada dan Ferris Wheel, bayaran balik akan disediakan oleh kontraktor di kaunter tiket tapak permainan bermula 4 hingga 6 Ogos 2025, dari 5.00 petang hingga 9.00 malam.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat spekulasi mengenai kejadian tersebut.

“Saya merayu kepada semua agar memberikan ruang kepada pihak kami untuk mengendalikan perkara ini dengan penuh ketelusan dan keprihatinan.

“Festival Kuching merupakan sambutan komuniti, kekeluargaan dan kegembiraan. Kami benar-benar kesal kerana kejadian ini mencemarkan semangat tersebut. Sebagai Datuk Bandar, saya berjanji akan memastikan langkah sewajarnya diambil agar keyakinan awam dapat dipulihkan,” katanya.

Continue Reading

Previous: MBKS galak ekspresi seni belia menerusi K-Stage 2025
Next: SMK Bandar Sibu, SJKC Taman Rajang johan keseluruhan STG Sibu 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.