Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok tangkap buaya terjerat di kolam ikan
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok tangkap buaya terjerat di kolam ikan

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA APM Saratok berjaya menangkap seekor buaya katak sepanjang enam kaki terkena jerat di bahagian leher yang terperangkap di kolam ikan di sebuah kebun sawit, dekat Simpang Saratok petang tadi. Foto: APM Saratok

SARATOK: Seekor buaya katak sepanjang enam kaki yang terjerat di bahagian leher berjaya ditangkap oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Saratok dalam satu operasi di sebuah kolam ikan berhampiran kebun sawit di Simpang Saratok, petang tadi.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 4.55 petang yang memaklumkan tentang keberadaan reptilia berkenaan.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan empat anggota APM Saratok diketuai oleh PBT (PA) Clerance Ambas Renang segera digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setibanya di lokasi, pasukan APM mendapatkan maklumat lanjut daripada pengadu sebelum ketua skuad memberikan taklimat keselamatan kepada anggota bertugas dan meminta orang awam menjauhi kawasan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Hasil pemeriksaan mendapati seekor buaya katak telah termakan umpan dan terkena jerat di kolam ikan. Operasi menangkap haiwan itu mengambil masa sekitar 30 minit sebelum ia berjaya ditangkap dan diikat dengan selamat,” jelasnya.

Buaya tersebut kemudian dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Saratok untuk tindakan lanjut.

Nur Athirah berkata, operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, dan semua anggota serta peralatan berada dalam keadaan baik serta mencukupi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama yang diberikan, dan mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada serta segera melaporkan sebarang penemuan haiwan liar berbahaya kepada pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Peningkatan tahap jerebu di Sarikei, Sibu
Next: MBKS galak ekspresi seni belia menerusi K-Stage 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.