Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peningkatan tahap jerebu di Sarikei, Sibu
  • Selatan
  • WILAYAH

Peningkatan tahap jerebu di Sarikei, Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMANTAUAN… Cuaca cerah di sekitar Kuching petang ini dengan bacaan IPU kekal baik pada paras 43 setakat 5.00 petang, menurut data NREB.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching kekal dalam kategori baik dengan paras 43 setakat 5.00 petang, menurut data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

Secara keseluruhan, kualiti udara di kebanyakan kawasan di Sarawak masih berada pada tahap baik, namun dua kawasan mencatat bacaan sederhana, iaitu Sarikei dengan bacaan 57 dan Sibu (51), menunjukkan peningkatan pencemaran yang memerlukan pemantauan rapi.

Kawasan lain yang turut mencatat bacaan baik termasuk Samarahan (35), Sri Aman (41), Bintulu (37), Miri (41), Lundu (48), dan Bario (47), manakala Tebedu merekodkan bacaan paling rendah iaitu 28.

Sementara itu, Mukah yang sebelum ini mencatat bacaan sederhana minggu lalu kini kembali ke tahap baik dengan bacaan 32.

Orang ramai dinasihatkan agar terus memantau perkembangan IPU dari semasa ke semasa dan mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara.

Maklumat lanjut dan bacaan terkini IPU boleh diperoleh menerusi laman web rasmi NREB di www.nreb.gov.my.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang cari sayur ditemui meninggal dunia
Next: APM Saratok tangkap buaya terjerat di kolam ikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.