Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cuaca panas: Hanya Marudi kini di tahap berjaga-jaga
  • SEMASA

Cuaca panas: Hanya Marudi kini di tahap berjaga-jaga

Utusan Sarawak 2 days ago
KAWASAN Marudi di Sarawak kini berada pada Tahap 1, berjaga-jaga susulan cuaca panas berterusan, menurut laporan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUCHING: Kawasan Marudi di Sarawak kini berada pada Tahap 1, berjaga-jaga susulan cuaca panas berterusan, menurut laporan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada 4.00 petang hari ini.

Tahap berjaga-jaga ditakrifkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, tiga kawasan lain di Semenanjung Malaysia turut berada pada Tahap 1, iaitu Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kesihatan seperti strok haba.

Maklumat lanjut dan status terkini boleh diakses menerusi laman rasmi METMalaysia di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jabatan Mufti Sarawak, Perbadanan Muzium Pahang
Next: Hentikan segera semua aktiviti pembakaran – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.