Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PKD Mobile beri impak positif perkasa komuniti luar bandar
  • WILAYAH

PKD Mobile beri impak positif perkasa komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Rubiah Wang pada Majlis Perasmian Penutupan Program PKD Mobile Parlimen Batang Lupar yang berlangsung di Dataran Tandang Sari, di sini semalam. Foto: Mohamad Shafizan Kepli

PUSA: Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperlihatkan impak positif dalam memperkasa komuniti luar bandar menerusi pendekatan turun padang yang lebih dekat dengan rakyat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, PKD Mobile yang diperkenalkan sejak 2023 memainkan peranan penting dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara inklusif dan efektif kepada penduduk luar bandar yang masih terpinggir daripada akses pembangunan menyeluruh.

“Program ini memberi fokus kepada lima teras utama iaitu latihan kemahiran, pemerkasaan wanita, pembangunan aktiviti ekonomi, kesukarelawanan serta penyediaan perkhidmatan kerajaan secara langsung di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program PKD Mobile Parlimen Batang Lupar yang berlangsung di Dataran Tandang Sari, semalam.

DATUK Rubiah Wang pada Majlis Perasmian Penutupan Program PKD Mobile Parlimen Batang Lupar yang berlangsung di Dataran Tandang Sari, di sini semalam. Foto: Mohamad Shafizan Kepli

Menurut beliau, sebanyak 191 PKD fizikal telah diwujudkan sejak 2012 namun masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan masyarakat di seluruh pelosok luar bandar sehingga PKD Mobile diperkenalkan sebagai usaha memperluas capaian dan impak perkhidmatan.

Parlimen Batang Lupar merupakan lokasi ketiga pelaksanaan program ini selepas Kuala Perlis dan Kota Samarahan. Bagi tahun ini, KKDW merancang mengadakan enam siri PKD Mobile di seluruh negara dengan lokasi seterusnya dijadualkan berlangsung di Parlimen Saratok dalam masa terdekat.

“Inisiatif seperti ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membawa perubahan bermakna kepada masyarakat luar bandar. Kami di KKDW sentiasa mencari kaedah inovatif dan kreatif dalam menyantuni rakyat agar tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan,” tambah Rubiah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerjasama semua tingkatkan kesedaran bahaya denggi, kebakaran
Next: Bomba Bintangor pantau kawasan berisiko pembakaran terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.