Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong tampil sampaikan sumbangan kerusi roda
  • WILAYAH

ADUN Kabong tampil sampaikan sumbangan kerusi roda

Utusan Sarawak 1 day ago
 DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada warga emas, Tuah Samaon di Kampung Sessang hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Keprihatinan terhadap kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir apabila beliau tampil menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas, Tuah Samaon, 76, di Kampung Sessang hari ini.

Tuah yang menghidap penyakit Parkinson dan darah tinggi, telah terlantar sejak tahun 2019, sekali gus menyukarkan pergerakannya dalam menjalani rutin harian bersama keluarga.

Sumbangan tersebut disampaikan bagi membantu meringankan beban ahli keluarga dalam menjaga kebajikan Tuah, selain memberikan kemudahan mobiliti bagi meningkatkan kualiti hidup beliau.

“Sumbangan kerusi roda ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Tuah dan memudahkan pergerakannya, khususnya dalam urusan harian,” katanya.

DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada warga emas, Tuah Samaon di Kampung Sessang hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Penyerahan sumbangan turut disaksikan oleh Penghulu Kamaluddin Rambli yang turut hadir memberikan sokongan moral kepada penerima dan keluarga.

Chee Kadir turut menegaskan komitmennya untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan Kabong, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri memperkasa komuniti luar bandar secara inklusif dan menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air di Serian, 29 Julai ini
Next: Kerjasama semua tingkatkan kesedaran bahaya denggi, kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.