Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mukah rekod bacaan IPU 154, tahap pencemaran udara tidak sihat
  • Tengah
  • WILAYAH

Mukah rekod bacaan IPU 154, tahap pencemaran udara tidak sihat

Utusan Sarawak 4 days ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine bersama pihak BOMBA meninjau situasi semasa keadaan kebakaran yang berlaku di kawasan kebun dan ladang berdekatan Aiport Mukah serta UiTM Mukah, malam tadi. Foto Facebook N.57 Tellian

KUCHING: Mukah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9.00 pagi tadi, menjadikannya satu-satunya kawasan di seluruh negara yang merekodkan tahap pencemaran tersebut.

Maklumat daripada portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) di bawah seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bacaan IPU di kawasan itu mencecah 154.

Sebanyak 60 kawasan lain berada pada paras sederhana, manakala tujuh kawasan dilaporkan menikmati kualiti udara baik. 

Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU baik termasuk Kapit di Sarawak (48), Pengerang di Johor (47), Minden di Pulau Pinang (46), Sandakan di Sabah (46), Kulim Hi-Tech di Kedah (45), Langkawi di Kedah (36) serta Kangar di Perlis (35).

Peningkatan pencemaran udara di Mukah dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan yang berlaku berhampiran kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah, Khamis lalu. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi pemadaman masih diteruskan hari ini.

Kebakaran tersebut melibatkan tanah gambut seluas kira-kira 4.8 hektar, dan usaha pemadaman turut melibatkan penggunaan sumber air terbuka dengan bantuan pekerja ladang serta komuniti setempat.

Oleh Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 19 pili bomba diperiksa di Bintangor dalam operasi pemantauan berkala
Next: Segulai Sejalai untuk pastikan Kapit terus maju – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.