Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 19 pili bomba diperiksa di Bintangor dalam operasi pemantauan berkala
  • Tengah
  • WILAYAH

19 pili bomba diperiksa di Bintangor dalam operasi pemantauan berkala

Utusan Sarawak 4 days ago

PERIKSA….Anggota bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sebanyak 19 unit pili bomba di sekitar kawasan Bintangor telah diperiksa semalam dalam satu operasi pemantauan berkala oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan pili bomba bermula 9.00 pagi. 

“Seramai tiga orang anggota bomba bertugas menjalankan pemeriksaan pili bomba. 

“Pemeriksaan pili bomba dijalankan di empat kawasan jagaan BBP Bintangor. 

“Pili bomba yang diperiksa adalah di kawasan Jalan Tanjung Genting, kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong, SMK Meradong dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang,” katanya. 

Mahmudin berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini. 

Katanya, kesemua pili bomba yang diperiksa dalam keadaan baik. 

“Pemeriksaan pili bomba selesai pada 11.30 pagi,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek infrastruktur beri impak besar, penduduk di tiga rumah panjang
Next: Mukah rekod bacaan IPU 154, tahap pencemaran udara tidak sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.