Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan cuba seludup keluar haiwan eksotik di KLIA Terminal 1
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan cuba seludup keluar haiwan eksotik di KLIA Terminal 1

Utusan Sarawak 9 hours ago
AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

SEPANG: Seorang lelaki tempatan ditahan malam tadi selepas disyaki cuba seludup keluar enam ekor haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM73,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Lelaki berusia 38 tahun yang dalam perjalanan ke India itu ditahan pada 10.00 malam dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bersama Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC).

“Bertindak atas maklumat diterima, dua anggota AKPS KLIA bersama tiga anggota AVSEC telah menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bagasi penumpang, selepas pemeriksaan awal melalui mesin pengimbas mendapati terdapat imej mencurigakan menyerupai hidupan liar di dalam bagasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan enam ekor haiwan, iaitu masing-masing dua ekor disyaki Lotong Kelabu, Siamang dan Armadillo,” menurut kenyataan itu.

Menurut AKPS, kesemua haiwan berkenaan dipercayai termasuk dalam kategori spesies terancam dan dilindungi di bawah perundangan negara dan antarabangsa.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

“Kesemua haiwan yang dirampas telah dibawa ke Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan susulan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ops Samseng Jalanan Miri: 13 motosikal disita, 57 saman dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.