Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Daro kini model pembangunan luar bandar yang berjaya – Abdul Karim
  • TEMPATAN

Daro kini model pembangunan luar bandar yang berjaya – Abdul Karim

Utusan Sarawak 1 day ago

RASMI...Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian Pesta Daro 2025 yang berlangsung di Pekan Daro, hari ini.

DARO: Pembangunan pesat yang berlaku di Daro ketika ini menjadi manifestasi keberkesanan perancangan strategik kerajaan Sarawak serta komitmen padu pelbagai agensi pelaksana dalam mentransformasikan kawasan luar bandar demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perubahan ketara yang berlaku dalam tempoh singkat itu turut mencerminkan keupayaan kerajaan Sarawak dalam merancang dan melaksanakan pembangunan secara menyeluruh.

“Di sini saya dapat melihat perancangan itu berjalan dengan begitu baik. Dahulu tiada masjid besar, sekarang sudah ada. Pasar Tani juga akan dibina, dan Jambatan Muara Lasa yang menyeberangi Batang Lassa telah pun siap. 

“Ini menunjukkan perubahan yang amat mendadak,” katanya ketika merasmikan Pesta Daro 2025 yang berlangsung di Pekan Daro, hari ini.

Abdul Karim turut memuji kerjasama erat antara pemimpin setempat, agensi pelaksana dan masyarakat yang menjadi pemangkin kepada kejayaan pelbagai projek infrastruktur, termasuk sistem perparitan, jaringan jalan raya serta pembinaan bangunan kerajaan.

Katanya, Daro kini boleh dijadikan sebagai model pembangunan luar bandar yang berjaya, seperti yang pernah disaksikan di Samariang dan Asajaya ketika era pentadbiran Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menyifatkan pembinaan jambatan baharu sepanjang 2.43 kilometer merentasi Sungai Batang Lassa serta jambatan di Batang Paloh sebagai antara mercu tanda terbaharu yang membanggakan Sarawak.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan projek pembinaan Pasar Tani Daerah Daro yang melibatkan kos kontrak sebanyak RM11.97 juta, dengan siling projek bernilai RM15 juta. 

Projek tersebut dijangka siap pada Februari 2027 dan akan menempatkan sebanyak 130 unit gerai penjaja, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi setempat.

Mengulas mengenai Pesta Daro, beliau berkata acara berkenaan bukan sahaja memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum, malah menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negeri.

“Pesta Daro harus dimanfaatkan sepenuhnya sebagai platform untuk mempromosikan produk tempatan, membuka peluang perniagaan dan menjana pendapatan terutamanya kepada penduduk luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya, kementeriannya sentiasa menyokong penganjuran acara komuniti yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Sebanyak 294 acara telah dianjurkan di seluruh Sarawak tahun lalu dengan sokongan dana kementerian, mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi komuniti,” ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar terus mempertahankan perpaduan dan kestabilan yang menjadi tunjang kepada kemajuan negeri, agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

“Sarawak kini berada di landasan pembangunan yang stabil di bawah pimpinan Premier Sarawak yang berwibawa, dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai ekonomi berpendapatan tinggi.

“Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, Sarawak kini mampu melaksanakan pelbagai projek infrastruktur secara kendiri tanpa terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh.

Continue Reading

Previous: Kempen Penghijauan Sarawak catat lebih 50 juta pokok ditanam setakat Julai
Next: Permukaan bumi, rentas banyak kampung antara cabaran bina projek SSLR- Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.