Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lima rumah di Kampung Hilir terbakar, ada mangsa OKU dikatakan terjun dari tingkap selamatkan diri
  • KEBAKARAN

Lima rumah di Kampung Hilir terbakar, ada mangsa OKU dikatakan terjun dari tingkap selamatkan diri

Utusan Sarawak 2 days ago
Gambar sekitar lokasi kejadian

SIBU: Lima rumah telah terbakar di Kampung Hilir, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian.

“Terima panggilan terus ke bilik kawalan BBP Sibu Sentral maklum terdapat kebakaran rumah seperti di alamat. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah keluar ke lokasi kejadian,” katanya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berada di lokasi kejadian.

Andy berkata, pihak JBPM menerima panggilan kecemasan pada 8.11 pagi dari BBP Sibu Sentral.

“Maklumat awal dianggarkan lima rumah jenis tidak kekal (kayu) di tebing sungai terbakar. 

“Namun begitu jumlah keseluruhan mangsa masih lagi dalam pengumpulan maklumat dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

“Pada jam 9.40 pagi, operasi berada keadaan terkawal, maklumat selanjutkan akan disampaikan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mengenai terdapat seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) terjun dari tingkap untuk menyelamatkan diri, Andy berkata maklumat daripada orang awam memang ada dan telah dihantar oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke hospital.

Berdasarkan maklumat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat ini terdapat lebih 40 mangsa telah berdaftar.

Sehingga berita ini ditulis, operasi mengawal dan memadam kebakaran sedang dijalankan.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Bomba berjaya padam kebakaran belukar di Jalan Mukah-Igan
Next: Akses terhad jejas operasi bomba kawal kebakaran hutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.