Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kedai serbaneka musnah 30 peratus dalam kebakaran di Sibu
  • KEBAKARAN

Kedai serbaneka musnah 30 peratus dalam kebakaran di Sibu

Utusan Sarawak 16 hours ago
PASUKAN bomba berjaya memadam kebakaran sebuah kedai serbaneka sebelum api merebak ke bahagian lain kedai. Foto PGOB Sarawak


SIBU: Sebuah kedai serbaneka di Jalan Tapang Timur di sini mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus selepas premis itu terbakar, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.55 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu Sentral kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan bangunan kedai tiga tingkat dan api dipercayai bermula di aras bawah premis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan air di bahagian hadapan premis serta satu lagi aliran 200 kaki di bahagian belakang kedai.

Keluasan anggaran kedai yang terbakar ialah 15×20 kaki persegi dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Pusat Tahfiz terbakar, 20 pelajar 4 ustaz selamat
Next: Penduduk Bukit Belok berjaya padamkan kebakaran rumput

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.