Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar, bomba ingatkan penduduk elak pembakaran terbuka
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar, bomba ingatkan penduduk elak pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 1 day ago
PADAM…Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar di Kuala Baram, Miri hari ini. Foto BBP Lutong

MIRI: Pasukan bomba bertindak pantas memadam kebakaran belukar seluas lebih setengah ekar di Kuala Baram pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata panggilan kecemasan diterima pada 9.20 pagi sebelum anggota bomba dihantar ke lokasi.

PADAM…Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar di Kuala Baram, Miri hari ini. Foto BBP Lutong

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan satu pancutan satu aliran saluran bantu mula sehingga padam sepenuhnya.

“Kebakaran belukar itu dipercayai sengaja dilakukan berikutan penemuan kesan sisa pembakaran,” katanya dihubungi di sini.

DIKESAN…Kesan sisa pembakaran disengajakan ditemui di lokasi kebakaran belukar. Foto BBP Lutong

Sehubungan itu, Henry meminta  masyarakat khususnya di kawasan jagaan BBP Lutong supaya tidak membuat pembakaran secara sengaja.

“Sekiranya membuat pembakaran untuk berkebun kecil pastikan api sudah dipadamkan sebelum balik.

“Selain itu, penduduk diingati jangan sesekali membuat pembakaran secara sengaja kerana kita dapati ada kesan membuat pembakaran secara sengaja,” katanya.

Beliau juga meminta ketua masyarakat  di kawasan masing-masing memastikan tiada membuat pembakaran secara sengaja.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bangunan Pejabat Miri City Bus terbakar malam tadi
Next: Kebakaran akibat litar pintas di premis logistik berjaya dikawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.