Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Olahraga SMK Marudi platform cungkil bakat pelapis
  • SUKAN

Kejohanan Olahraga SMK Marudi platform cungkil bakat pelapis

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH…Pengetua SMK Marudi, Mohd Effendi Panglima bersama yang lain bergambar bersama Rumah Sukan, Rumah Achiever yang berjaya mendapat kedudukan pertama dalam pertandingan perbarisan antara Rumah Sukan. Foto: Jiku Jukuong

MARUDI: Seramai 397 atlet rumah sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi terlibat dalam Kejohanan Olahraga SMK Marudi kali ke-61 berlangsung di Kompleks Sukan Marudi bermula Jumaat lepas dan berakhir hari ini.

Pengetua SMK Marudi, Mohd Effendi Panglima berkata selain mengamalkan gaya hidup sihat, kejohanan ini juga adalah platform mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan di peringkat bahagian dan seterusnya peringkat negeri. 

Malah, beliau berkata sukan yang dianjurkan ini bertujuan mengukuhkan nilai perjuangan dan semangat tidak putus asa, selain menjadi platform pendidikan di luar bilik darjah.

SYABAS…Mohd Ami wakil (PKT6) menerima insentif kepada pelajar yang cemerlang STPM yang disampaikan Pengerusi Persatuan Alumni SMK Marudi, Mutang Paturan. Foto: Jiku Jukuong

Beliau juga menekankan bahawa dalam kejohanan ini, para atlet yang terlibat akan bertanding dan bersaing dengan semangat tinggi untuk mencapai kejayaan terbaik serta semangat juang ini perlu disemai dalam diri setiap individu kerana mereka merupakan pelapis generasi akan datang.

“Saya berharap semangat tersebut haruslah dibawa ke kelas untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Apabila keluar dari sekolah nanti, mereka akan bersaing di pasaran kerja,” tambah beliau.

Perasmian majlis kejohanan ini disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau.

Dalam pada itu, Mohd Effendi merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang terlibat membimbing pelajar SMK Marudi untuk mencapai kejayaan dan melaksanakan tugasan anjuran yang sedang dilaksanakan.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Futsal Piala Kasut Emas Ogos ini
Next: MOM tubuh dana Amanah Sukan Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.