Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MAHB naik taraf KLIA T1 dengan pelaburan RM30 juta bagi pertingkat pengalaman pelanggan
  • SEMASA

MAHB naik taraf KLIA T1 dengan pelaburan RM30 juta bagi pertingkat pengalaman pelanggan

Utusan Sarawak 1 day ago

PENGURUS Besar Operasi Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Abd Hasman Abd Muhimim (kanan) memberi taklimat kepada pengamal media berhubung penambahbaikan yang dilakukan MAHB di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. Pengamal media dibawa untuk melihat secara keseluruhan 14 penambahbaikan yang bertujuan meningkatkan pengalaman pengembara serta kecekapan operasi. MAHB setakat ini telah melaburkan RM30 juta bagi tujuan tersebut. Antara penambahbaikan yang dibuat oleh MAHB adalah menambah troli bagasi dan kerusi roda. Foto BERNAMA


SEPANG:  Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melabur sebanyak RM30 juta pada separuh pertama 2025 untuk menambah baik pengalaman menyeluruh penumpang dan kecekapan operasi di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1).

Langkah ini menandakan penaiktarafan pertama lapangan terbang utama kumpulan itu sejak penstrukturan semula kepentingannya pada Februari.

Pengurus Besar Operasi KLIA T1 Abd Hasman Abd Muhimim berkata, berikutan pelaksanaan 14 penambahbaikan dan ciri baharu, MAHB berharap untuk meningkatkan skor Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) KLIA serta menambah baik kedudukannya dalam penarafan Skytrax.

PASUKAN Paramedik KLIA juga adalah merupakan penambahbaikan yang dilakukan oleh MAHB ketika tinjauan pengamal media berhubung penambahbaikan yang dilakukan MAHB di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. Pengamal media dibawa untuk melihat secara keseluruhan 14 penambahbaikan yang bertujuan meningkatkan pengalaman pengembara serta kecekapan operasi. MAHB setakat ini telah melaburkan RM30 juta bagi tujuan tersebut. Foto BERNAMA

Menurutnya penambahbaikan itu juga adalah sebahagian daripada persediaan MAHB untuk menyambut ketibaan penumpang yang dijangka meningkat ke KLIA berikutan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Bagi penambahbaikan ini, kami tidak menetapkan had perbelanjaan. Kami akan terus melabur untuk menaik taraf semua kemudahan di KLIA.

“Ini amat penting memandangkan pada separuh pertama 2025, KLIA merekodkan 30.1 juta penumpang, peningkatan sebanyak 9.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita semasa sesi tinjauan mesra bersama media di sini.

RUANG legar dan istirehat yang lebih luas disediakan oleh MAHB adalah antara penambahbaikan yang dilakukan ketika tinjauan pengamal media berhubung penambahbaikan yang dilakukan MAHB di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. Pengamal media dibawa untuk melihat secara keseluruhan 14 penambahbaikan yang bertujuan meningkatkan pengalaman pengembara serta kecekapan operasi. MAHB setakat ini telah melaburkan RM30 juta bagi tujuan tersebut. Foto BERNAMA

Pada sesi berkenaan, warga media telah diberikan taklimat mengenai penambahbaikan yang telah dilaksanakan di KLIA.

Antara naik taraf penting yang diberikan tumpuan oleh MAHB untuk menambah baik proses dan mengurangkan kesesakan adalah pelaksanaan sistem pembuktian konsep pemindahan bagasi terbuka yang terdiri daripada lima unit daftar masuk mudah alih, yang berupaya mengendalikan sehingga 10 kali lebih banyak bagasi dalam tempoh sejam berbanding kaunter konvensional.

Di pusat pemeriksaan keselamatan domestik, lorong-lorong telah dikonfigurasi semula dengan tray yang dipanjangkan serta kawasan khas untuk mengeluarkan barang dan memasukkannya semula.

Langkah ini meningkatkan jumlah pengendalian daripada 770 penumpang sejam kepada 1,569 penumpang sejam, dengan purata masa menunggu yang kini dikurangkan di bawah tempoh lima minit.

Bagi pelepasan antarabangsa, sebanyak sembilan lorong pas masuk imbasan kendiri baharu telah menggantikan enam kaunter manual.

Ia dilengkapi dengan arahan digital langkah demi langkah untuk membantu proses yang lebih pantas dan mengurangkan masa menunggu semasa berbaris.

Dua kaunter imigresen lorong keutamaan turut diperkenalkan untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas, ibu mengandung dan individu kurang upaya.

KAUNTER pemeriksaan bagasi oleh pihak berkuasa juga telah diinaik taraf oleh MAHB bagi memendekkan proses pemeriksaan ketika tinjauan pengamal media berhubung penambahbaikan yang dilakukan MAHB di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. Pengamal media dibawa untuk melihat secara keseluruhan 14 penambahbaikan yang bertujuan meningkatkan pengalaman pengembara serta kecekapan operasi. MAHB setakat ini telah melaburkan RM30 juta bagi tujuan tersebut. Foto BERNAMA

MAHB juga telah menambah baik keupayaan tindak balas kecemasan dengan menempatkan tiga pasukan paramedik menggunakan skuter elektrik, dilengkapi tangki oksigen, kit trauma dan defibrilator luaran automatik (AED) yang ditempatkan di terminal utama dan bangunan satelit.

Bagi mempertingkat keselesaan dan kebolehcapaian penumpang, sebanyak 5,000 troli telah digantikan dengan model ringan tanpa tali yang dilengkapi brek bagi pengendalian yang lebih selamat.

Selain itu, 54 tempat letak kereta telah diubah suai menjadi 36 tempat letak kereta mesra keluarga yang lebih luas dan terletak lebih dekat dengan pintu masuk terminal.

Bagi tujuan kebolehcapaian, 80 tandas awam telah dinaik taraf dengan pintu masuk yang lebih luas, singki dengan sensor dan butang panggilan kecemasan manakala 100 kerusi roda baharu kini tersedia untuk digunakan secara percuma di kawasan utama penumpang.

Dua bilik untuk menukar lampin yang dilengkapkan dengan katil bayi, pemanas air dan ruang penyusuan juga telah dibuka, dengan tiga bilik lagi lagi dijangka siap menjelang Ogos ini.

MAHB turut memperkenalkan penambahbaikan berunsurkan budaya di KLIA, termasuk dua mural besar di Piers H dan G yang menampilkan elemen warisan dari Pulau Pinang dan Melaka untuk menjadikan persekitaran penumpang yang lebih menarik dengan ciri-ciri tempatan.

Kanak-kanak pula boleh menggunakan taman permainan bertemakan orang utan yang baru disediakan di Pintu C30 di bangunan satelit.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam
Next: Tabika Kemas kanak-kanak autisme  setiap negeri bermula tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.