Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dato Wee tekankan integriti dalam teraju renang Sarawak
  • SUKAN

Dato Wee tekankan integriti dalam teraju renang Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
RAKAMAN gambar kenangan Mesyuarat Agung Tahunan ASAS.

KUCHING: Persatuan sukan tidak seharusnya dijadikan sebagai platform untuk mencari keuntungan atau kepentingan peribadi, sebaliknya perlu kekal berfungsi sebagai badan yang membina atlet dan menjaga imej negeri Sarawak.

Dalam ucapan terakhirnya sempena Mesyuarat Agung Tahunan ASAS di sini hari ini, Dato Wee Hong Seng yang menamatkan perkhidmatannya selepas 15 tahun menerajui badan tersebut sebagai Presiden ASAS, menegaskan bahawa misi utama ASAS adalah pembangunan atlet, bukan menjadikan renang sebagai perniagaan.

“Kita bukan di sini untuk memperkayakan diri atau mengambil kesempatan daripada program yang sepatutnya menyokong perenang kita.

“Persatuan ini tidak boleh sesekali lari daripada misinya untuk membina perenang masa depan, bukan mengendalikan renang sebagai perniagaan,” tegasnya.

MESYUARAT Agung Tahunan ASAS.

Tambah beliau, ruang bagi latihan renang secara persendirian memang wujud, namun ia tidak seharusnya menjejaskan peranan utama ASAS sebagai badan pembangunan sukan renang negeri.

“Memang ada tempat untuk latihan renang secara persendirian, namun ia tidak boleh mengganggu peranan persatuan ini yang bertujuan membina juara masa depan, bukan menjana pendapatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan barisan kepimpinan baharu agar menjunjung prinsip integriti dan menolak budaya mengejar kuasa serta populariti dalam persatuan.

“Jika cita-cita peribadi mengatasi visi bersama, segala usaha dan kejayaan yang telah dibina boleh runtuh.

“Persatuan sukan seharusnya menjadi wadah khidmat untuk kebajikan atlet dan pembangunan negeri, bukan tempat memperagakan status atau mengejar keuntungan,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap barisan kepimpinan baharu ASAS yang menurut beliau, mampu membawa sukan renang Sarawak ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Continue Reading

Previous: Latihan Komuniti Pickleball MBKS galak gaya hidup sihat
Next: Chelsea juarai Piala Dunia Kelab, kejutkan PSG 3-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.