Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fadillah akan beri penjelasan isu kritikal kepada Ahli Parlimen GPS, GRS
  • SEMASA

Fadillah akan beri penjelasan isu kritikal kepada Ahli Parlimen GPS, GRS

Utusan Sarawak 1 day ago

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memberikan penjelasan berkaitan isu semasa dan kritikal negara kepada semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), susulan pertemuan tertutup Perdana Menteri dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Fadillah yang juga Ketua Whip GPS berkata penjelasan tersebut penting bagi memastikan semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan memahami isu-isu utama yang dibincangkan dalam Kabinet. 

“Untuk GPS, kita tidak ada masalah. Kita memahami segala isu dan sebab jumlah Ahli Parlimen kita tidak besar…saya sendiri boleh berinteraksi dengan wakil-wakil kita sebab perkara ini sudah dibincangkan di Kabinet dan saya tahu apa isu yang perlu diberi penjelasan.

“Kalau nak serahkan semua untuk Perdana Menteri melaksanakan (pertemuan dengan semua wakil rakyat) mungkin masa tak cukup, jadi saya boleh memainkan peranan untuk beri penjelasan kepada semua Ahli Parlimen GPS dan GRS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kursus ‘AI for MY Future’ kawasan Parlimen Petra Jaya di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada wakil GPS terlibat dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Media sebelum ini melaporkan mesyuarat selama lebih sejam itu dipercayai menyentuh isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen akan datang. 

Mengulas lanjut, Fadillah berkata beliau akan menyampaikan penjelasan itu kepada semua Ahli Parlimen GPS dan GRS menerusi satu sesi taklimat yang dijadualkan dalam masa terdekat.

“Kita akan ada satu sesi ‘retreat’ membabitkan semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan termasuk menteri dan timbalan menteri, dijadual pada minggu depan, jadi, di situ kita akan beri penjelasan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan akan berada di Sabah esok bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63).– Bernama

Continue Reading

Previous: Biojisim kernel kelapa sawit mampu turunkan harga ternakan di Sarawak – Abang Johari
Next: 99 kerusi DUN Sarawak langkah tepat, seiring geografi negeri – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.