Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suasana mesra warnai Program Masakan Pastri di IPD Kota Samarahan
  • Selatan
  • WILAYAH

Suasana mesra warnai Program Masakan Pastri di IPD Kota Samarahan

Utusan Sarawak 14 hours ago
PROGRAM Masakan Pastri (Membuat Roti) di Rumah PERKEP IPD Kota Samarahan, baru-baru ini. Foto FB PERKEP IPD Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Suasana hangat dan mesra menyelubungi Rumah Persatuan Keluarga Polis  (PERKEP), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan apabila Biro Rumahtangga PERKEP dengan kerjasama Kemas Bahagian Samarahan berjaya menganjurkan Program Masakan Pastri (Membuat Roti) yang berlangsung penuh semangat dan keterujaan dalam kalangan para peserta.

Program tersebut disertai oleh 18 ahli PERKEP, dan turut diserikan dengan kehadiran Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PM PKK), Nor Asdianti Lamni, bertindak sebagai pengendali demonstrasi utama.

Beliau melakukan demonstrasi penyediaan pelbagai jenis roti pastri yang bukan sahaja membuka selera, tetapi juga membuka minda peserta terhadap seni pembuatan roti yang mudah dan praktikal untuk diaplikasikan di rumah.

Program ini turut memperlihatkan kerjasama erat antara Kemas dan PERKEP sebagai tonggak penting dalam menyemai semangat kebersamaan dan pembangunan komuniti berasaskan keluarga sejahtera.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gelanggang futsal Bario bukti usaha bersama, Gerawat rakam penghargaan
Next: Ceramah keselamatan jalan raya di ADTEC JTM Kampus Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.