Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hannah harap Pearly- Thinaah fokus permainan lepas tandatangan kontrak
  • SEMASA

Hannah harap Pearly- Thinaah fokus permainan lepas tandatangan kontrak

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika ditemui pengamal media selepas Perasmian Program ASEAN Youth Volunteer di Sasana Kijang hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap pemain beregu wanita negara Pearly Tan dan M. Thinaah dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan pertandingan selepas menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hannah meluahkan rasa lega apabila isu kontrak kedua-dua pemain itu berjaya dimuktamadkan, selain merakamkan penghargaan kepada Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz atas komitmen dan usaha memastikan kebajikan pemain sentiasa terbela.

“Saya berharap mulai hari ini, Pearly dan Thinaah boleh memberikan fokus sepenuhnya kepada latihan dan pertandingan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ASEAN Youth Volunteer Forum 2025 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Azura Abidin.

Menurut Hannah pasangan beregu itu tidak perlu bimbang kerana menerima sokongan penuh daripada BAM termasuk kemudahan latihan dan khidmat kejurulatihan.

“Pearly dan Thinaah juga termasuk dalam program Road to Gold. Saya percaya dengan sokongan padu yang diberikan, mereka mampu mencatat kejayaan dalam kejohanan akan datang,” katanya.

Spekulasi mengenai masa depan pasangan beregu utama negara itu akhirnya terjawab pada Khamis (10 Julai) apabila Pearly-Thinaah memutuskan untuk terus bernaung di bawah BAM, sebagaimana diumumkan oleh Tengku Zafrul.

Keputusan itu menyaksikan mereka kekal bersama BAM sehingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.– Bernama

Continue Reading

Previous: HHFS, Hab Hidrogen Hijau di Terengganu mampu tarik pelabur serantau, antrabangsa – PM Anwar
Next: DUBS Miri sambut baik RUU penambahan kawasan DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.