Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Saudia tamat operasi Haji 1446 dengan kepulangan Jemaah terakhir
  • SEMASA

Saudia tamat operasi Haji 1446 dengan kepulangan Jemaah terakhir

Utusan Sarawak 15 hours ago
KUMPULAN terakhir jemaah haji Malaysia sebanyak 264 orang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam ini. Foto BERNAMA

MADINAH: Penerbangan Arab Saudi (Saudia) menamatkan operasi musim Haji 1446 selama 74 hari secara bersepadu, dengan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan terakhir jemaah haji yang berlepas pulang ke Indonesia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), Saudia mengangkut lebih 808,000 jemaah menerusi lebih 4,400 penerbangan dari 145 destinasi di seluruh dunia, menggunakan 147 pesawat.

Syarikat penerbangan itu turut melaksanakan inisiatif ‘Haji Tanpa Bagasi’ dengan mengendalikan lebih 270,000 beg bagi melancarkan urusan di lapangan terbang. 

Selain itu, lebih 240,000 botol air Zamzam turut diedarkan.

Perkhidmatan dalam penerbangan termasuk penyediaan kandungan pendidikan hasil kerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, yang menawarkan panduan lengkap mengenai pelaksanaan ibadah haji dalam pelbagai Bahasa. — Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: 10 instrumen subsidiari mudahkan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 – Teo
Next: Buli siber, ‘cancel culture’ semakin membimbangkan, beri tekanan kepada selebriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.