Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS nafi sekat penganjuran ‘Berjalan Kaki 722’ sempena Hari Sarawak
  • TEMPATAN

MBKS nafi sekat penganjuran ‘Berjalan Kaki 722’ sempena Hari Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman (kiri), Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (tengah) dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kaunselor Tan Kai (kanan).

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menegaskan bahawa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) tidak pernah berniat untuk menyekat penganjuran acara sempena Hari Sarawak seperti yang didakwa oleh Pengerusi Penganjur ‘Berjalan Kaki 722’.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan yang tular di media sosial kononnya kelewatan pihak MBKS memberi maklum balas telah menjejaskan perancangan acara tersebut.

“Saya percaya adalah tidak adil untuk menyalahkan MBKS semata-mata, seolah-olah kelewatan maklum balas kami menjadi punca perhimpunan mungkin dibatalkan. Semua pihak sedia maklum bahawa MBKS bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) baru sahaja mengadakan sidang media bersama semalam bagi memuktamadkan laluan dan logistik bagi acara ‘Berjalan Kaki 722’ sempena Hari Sarawak,” jelas beliau.

Menurut beliau, sebelum laluan dan lokasi acara dimuktamadkan, pejabatnya tidak dalam kedudukan untuk memberikan kelulusan segera.

Namun hari ini, pihak MBKS telah pun mengeluarkan surat rasmi kepada penganjur, memberikan kelulusan penuh bagi meneruskan acara sambutan Hari Sarawak dan penghargaan kepada Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar semua pihak tidak membangkitkan isu tersebut secara terbuka di media sosial sehingga menimbulkan salah faham terhadap MBKS.

“Tidak perlu memanjangkan perkara ini seolah-olah MBKS tidak responsif. Kita semua adalah anak Sarawak yang berkongsi rasa cinta dan bangga terhadap negeri kita. Marilah kita terus bergerak ke hadapan dengan semangat perpaduan dan saling menghormati, khususnya dalam acara yang bertujuan meraikan warisan bersama,” katanya.

DATUK Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman (kiri), Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (tengah) dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kaunselor Tan Kai (kanan).

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPP Chairman urges LPKP Sarawak to strengthen oversight on heavy lorry licensing
Next: Tun Wan Junaidi dan keluarga luangkan masa di Old Rex Cucur Udang Cafe

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.