
BINTULU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu memaklumkan penutupan sementara separuh laluan akan dilaksanakan di Jalan Bintulu-Tanjung Kidurong (Laluan 1), melibatkan jajaran dari simpang Bintulu Tatau ke Bintulu Port mulai 14 Julai hingga 30 Ogos 2025.
Penutupan laluan ini akan berkuat kuasa dari 7.00 malam hingga 5.00 pagi setiap hari bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan jalan dijalankan.

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut serta mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan di tapak pembinaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh dikemukakan kepada JKR Bahagian Bintulu di talian 086-332077 atau kepada kontraktor pelaksana DAL HCM Sdn Bhd di talian 086-341983 waktu pejabat.
Oleh Shikin Mahmud