Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual di Kampung Maang, Siburan hari ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual di Kampung Maang, Siburan hari ini

Utusan Sarawak 10 hours ago
NOTIS… Penduduk Kampung Maang, Siburan dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air berjadual hari ini, dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

SIBURAN: Bekalan air di seluruh Kampung Maang, Siburan akan mengalami gangguan sementara pada hari ini bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan paip oleh kontraktor yang dilantik.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan itu melibatkan kerja penyambungan paip berukuran 160mm di Kampung Maang, Jalan Kuching–Serian Lama.

Sehubungan itu, pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

JBALB Sarawak turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan kerja tersebut dengan segera dan memastikan bekalan air kembali pulih secara berperingkat.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau layari laman web rasmi di https://jbalb.sarawak.gov.my.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan pidato bahasa Iban pupuk jati diri generasi muda
Next: 20 penerima terima peruntukan MRP di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.